Hidup dengan cara sendiri. Tak peduli kata-kata orang. Hidup bukan orang lain yang tentukan. Hidup kita, kita yang corakkan, kita yang warnakan. Sama ada hitam putih atau warna warni. Semua terpulang pada diri kita sendiri.. Jadi untuk apa dengar kata orang? Hanya perlu abaikan. Teruskan hidup dengan cara sendiri.
Walaupun kadang kala hidup terasa kosong, hambar. Tapi tetap perlu diteruskan. Hidup ni anugerah daripada Allah. Jadi, hidup mesti dihargai. Jangan sia-siakan anugerah yang diberi tanpa dipinta ni. Biar mulut orang lain mengata, mengutuk. Takkan ada apa yang berubah pada diri kita. Kalau hati sakit? Itu perkara biasa. Kadang-kadang hati pun boleh sakit tanpa sebab. Kadang-kadang hati kita sakit tanpa sedar. Jadi pedulikan semua kata-kata orang. Mulut orang, mana boleh tutup.
Tapi, lain kalau orang yang dekat sakitkan hati. Kalau orang yang kita anggap dah cukup kenal, seolah-olah tak kenal hati kita. Kalau orang yang kita sayang, buat hidup tertekan. Kalau orang yang kita percaya, hancurkan kepercayaan kita. Lebih baik kalau orang yang tak kenal cakap buruk pasal kita daripada orang yang kenal dah lama cakap macam baru kenal diri kita.
Rasa terpinggir? Itu pun perkara biasa. Tak semua orang yang kita anggap bestfriend, anggap kita bestfriend. Tapi, sangatlah tak faham orang yang anggap seseorang yang pernah sakitkan hati, lukakan hati, dan hampir jadi musuh bestfriend berbanding orang yang pernah pujuk dia, jaga masa dia sakit, jadi tempat dia luahkan rasa. Wujud juga orang macam ni kan? Haha, manusia memang pelik. Tak pernah nak hargai orang selagi orang tu masih di sisi kita kan?
No comments:
Post a Comment