Saturday, 26 September 2015

Freedom

Ada satu masa yang aku paling suka.That time yang aku spend untuk diri aku sendiri. Bila takda sesiapa nampak aku. Bila aku sorang2 dalam bilik.

Waktu macam ni memang ah takyah cakap rupa aku macam mana. Dengan rambut tak sikat, oversized t-shirt, lepak atas bed plus lagi best kalau ada pizza. Muka sememeh takyah cakap ah. Lepastu jadi macam bear tengah hibernate. Barang memang bersepah macam apa je.

Tapi aku paling suka macam ni rather than bila kena face orang. Sebab takda orang tau apa aku buat. Aku nak jadi malas seharian pun takda orang kisah. And aku tak perlu nak jaga rupa nak jaga imej sebab takda orang nampak. Penat sebenarnya nak jaga imej. I have to, need to be fake. Yelah siapa je nak orang pandang dia pastu bisik2 cakap dia selekeh kan. Especially when once orang cakap kau lawa mesti kau akan try hard nak nampak lawa je kat mata orang.

Jujur lah selama ni aku rasa aku cem takda rupa pun pakai pun selekeh je. But somehow people's words boleh buat kau lebih confident dengan diri sendiri. Aku pun tak pernah rasa aku lawa ke cantik ke apa before but sejak2 ni macam conscious pulak bila orang puji. Hewhew. Takdalah but it does help me to believe in myself , buat aku lebih bersyukur and have courage.

Sunday, 20 September 2015

BACKPACKING MELAKA PART 1

How we plans the trip?
- Memula tu sembang je wehh jom pegi Melaka
Seminggu nak pergi tu baru serabut cari guesthouse guna trivago. Nak pergi Melaka buat apa pun tak tahu. Takda hala tuju pun. Tapi yang penting nak pergi, sampai baru fikir nak buat apa. Sebab rasa masa tu semak sangat duduk rumah berbulan. Terperap. Sampai kepam. Rasa nak lari kejap dari rumah yang serabut bila semua benda rasa tak kena.
Ni kat belakang Dataran Pahlawan kut
First day,
Pergi Larkin sensorang beli dua tiket bas tunggu Alya depan bas. Lagi 5 minit nak gerak baru sampai. Jammed katanya. Bas gerak je kitorang terus start keluar bekal sebab tak breakfast lagi. Sweet en makan dalam bas. Peduli je kalau ada bau karipap dengan bread lasagna.
Dah nak sampai Melaka tu tetiba rasa cem bersalah pulak kalau tak khabar geng kat Melaka. Kitorang punn sesaja ws Faiz dengan Ajie bagitau dah sampai Melaka sebab tau diorang sepatutnya kerja waktu tu. Malas je nak jumpa dua monyet ni *emoji monyet tutup mulut* Dan dan boleh pulak dua manusia tak kerja ada kat rumah pastu kata nak jumpa gak sambil kena bebel sebab tak bagitau awal awal. Macam kitorang kisah je.
Travel buddies hewhew
Alang alang ada driver ni ajaklah diorang pegi Klebang dengan harapan nak amik gambar hipster. Lepas jumpa bangang bangang je lepas zohor tu Ajie kena paksa drive pergi Klebang sambil membebel sebab kata Klebang ada apa je bukan best. Eii menyampah pulak orang Melaka ni, taulah kitorang jakun. Sampai tu tetiba macam excited nak pergi photoshoot ala ala kat desert gitu tapi tak sampai 10 minit pun sebab nak semput jalan nak pergi area bukit bukit pasir tu walaupun sebenarnya dah kena warning kena jalan dekat 2km. Haa sanggup tau. Geram je dengan Ajie ni parking jauh jauh sebab kata nanti susah drive sebab berpasir. Sampai je kat bukit tu aku rasa macam nak guling je kat situ sebab rasa macam bodoh je sanggup bersemput tengah tengah panas sebab nak hipster shoot. Dengan aku yang nampak paling bangang sebab pakai skirt sebab kekonon nak nampak ayu gitu haa lepastu nak mangikut si Faiz dengan Alya yang laju je tinggalkan aku pergi panjat bukit. Ajie si bulat kata malas nak naik at first perati je dari kereta tapi at last dia ikut gak lepas park lagi kereta sedekat yang boleh (kuajaa je).
Padang pasir sangat *fliphair*
Penat tau sampai terpaksa buka kasut
Lepas berpeluh berpanas dengan hasil gambar tak seberapa gi ah lepak tepi pantai makan coconut shake klebang. Duduk dalam kereta je sebab luar panas plus takda tempat nak duduk. Pastu suruh hantar balik kat guesthouse boleh pulak acah bawak pusing pusing tak tau dah nak maghrib.
Malam pulak acah2 sweet dengan Alya naik Taming Sari. Pastu dua makhluk jakun nak naik beca. Pakcik beca siap offer nak amikkan gambar at every stop nanti. Siap bagi discount lagi. Banyak betul soalan kat pakcik tu tanya nak pergi mana yang best, jalan mana dekat. Sabar je dia jawab.
Taming Sari gais *emoji gayat*


Beca Frozen 'Let it goooooo!!'

Balik malam tu dah lepak cem apa je. Lepas mandi acah nak stay up nak tengok Hati Perempuan last2 tunggu wifi cem haremm give up ah baik tidur *emoji zzz*

Monday, 14 September 2015

#worldstagemy

Hi guys,
Sorry ah ter'liar' sikit pegi concert huhu. Tapi kasi chance ah nak merasa gak. Alang2 ada tiket free apa lagi jalan ahh.

Singgah minum ABC japp

Nasib baik musim 'cuti' lol. Punya lah awal pegi line up pukul 4 padahal 4.30 baru buka gate. Pastu cem apa duk sesak2 dah ah panas dengan macam2 bau pehh (sempat gaduh dengan budak sekolah lagi aku tak faham masalah dia senanya haha takpelah budak2 ). Dekat pukul 6 gak ah baru aku lepas gate fuhh  sabar je lah.

Nampak tak excited *emoji joget*
Huhu tazabarrrr 
Pastu aku cem dah haus tapi si husna ni laju je jalan terus sampai stage. Tak sempat nak singgah beli air. Aku pun pasrah je lah harap dapat tahan haus sampai malam.
Start dekat pukul 8 gitu Stacy start perform. Huhu aku pun try nak sing along even tak tau lagu apa acahh je.
Pastu next sekai no owara hahaha ye je betul ke aku eja ni . Tak kisah ah. Never heard abt this group tapi agak ah not bad.
Then yang di nanti2 tetiba datang balik aura kpop aku haish. Over fangirling kat APINK. Cem sakai je sing along lyrics tak apa2 asal ada bunyi dah huhu. Cem monyet gak ah excited pulak  walaupun sepanjang performance sakan gila bapuk belakang aku ni jerit tak faham aku lulz. Ei tak leh nak move on ahh srs 

APink wehh *emiji mata love*
Pastu second last performance from Carly Rae Jepsen. Masa ni aku cem rasa nak baring kat situ gak terus tidur. Hahaha penat gila siaa diri pastu dengan haus lagi. Fans ah gak Carly ni dah lah cute pastu cem eii comel je . But before her last two songs aku tak larat gila dah sian husna aku tau dia nak tengok lagi. Dah ah dekat dengan stage huhu maaf. Pastu gi lah beli air cem nak mampus 100plus RM6.30.
Last performance supposedly Jason Derulo but hahaha masa tu dah sampai kat gate kut aku rasa. Tak mampu nak tunggu sampai habis. Fuhh.

That night aku gi tidur kat s.alam tumpang kolej husna ah. Naya nak balik cfs kena saman 50 sebab dah lebih curfew. Pastu esoknya nak balik dah tapi gi 'singgah' jumpa Megat jap #eh 

Tuesday, 1 September 2015

2 September 2015

Hi guys,

Harini class start at 7 am. Boleh bayang tak betapa zombie-nya aku bangun nak mandi pegi kelas tu semua haha. Dah lah kelas ganti, English pulak tu. Eh? Okay tak baik bias. English penting okayy kalau tak exempted this sem naya nak repeat balik next sem. Huishh talaraddd. Haha.

Baru hari ni sedar final nak dekat dah pastu aku masih bersungguh sungguh buat bisnes. Bisnes apa ni gais? Haa adalahh. Bisnes dengan retis uolls kau ada? Eii lari topik pulak.

This week supposedly jadi study week aku tau. Ahad ada Test 2 BIO tau. BIO TAUUU JANGAN MEMAIN! Isnin practice speaking test EPT then rabu for APT pulak. And maybe around next week juga ada quiz CHEM for chapter 5. Okay lepastu cuba teka aku buat apa je untuk menghadapi minggu depan yang sangat mencabar? Haa al-Fatihah kepada diri sendiri eh ana. Malas betul nak study.

This weekend ada appointment pulak dengan oren. Hmm business tengah nak up kan. Rezeki datang takkan nak tolak. Gituu!! Hahaha. Tang mana nak study pulak dah 😂

Bagus ana BAGUSSS! TERUSKANNN MACAM NI! 😂🔫😅🔪💣

Hai!!

Assalamualaikum..

Haa awkward je rasa sebab lama gila tak log in blog ( actually baru terasa nak install balik kat phone ). Okay so firstly nak bagitahu I dah 18 okay so maksudnya dah besar tak boleh nak post gedik2 pasal crush pastu tak habis2 heart aches, heart broken semua hahaha. Okay aku sepatutnya dah move on dengan #relationshipgoals yang merapu buang masa je ni sebab bila dikenang kenang lagi banyak #lifegoals yang aku rasa aku nak capai. Bucket list bersepah dan semakin bertambah tahun demi tahun tapi tak ada usaha nak jadikan semua tu realiti tak guna jugak kan?

Sekarang ni aku fikir macam ni je. Aku nak accomplish life goals dulu and then baru fikir benda lain. Haa ada gaya macam berwawasan tak gais?

Aku rasa love is somehow a waste of time. Maybe sebab aku belum cukup umur nak faham benda2 ni tapi sibuk nak ikut orang ada boyfriend jugak hahaha. Kau percaya janji manis semanis gula2 20sen tu je pun dah cair, pastu kena tinggal sebab dia jumpa perempuan lain haa meraung lah kau. Nampak tak ada berbaur kecewa sikit hahaha padan muka aku bodoh sangat 😂😂

Asal aku rasa macam dah lari topik ni eii. Mungkin sebab dah ngantuk kut. Tidur dulu ahh nanti bila dapat ilham benda lagi bermanfaat aku update ah. Macam kering idea je ni tapi tetap nak update. Ngengada je.

Night gaisss 😘